17 Setiap batang rangka ada dua unjuran yang sepadan, supaya rangka-rangka itu dapat dihubungkan. Semua rangka harus mempunyai unjuran seperti itu.
18 Untuk bahagian selatan Khemah, buatlah dua puluh batang rangka,
19 dengan empat puluh buah alas daripada perak, dua buah alas di bawah setiap batang rangka untuk menyangga kedua-dua unjurannya.
20 Untuk bahagian utara Khemah, buatlah dua puluh batang rangka
21 dengan empat puluh buah alas daripada perak, dua buah alas di bawah setiap batang rangka.
22 Untuk bahagian belakang Khemah di sebelah barat, buatlah enam batang rangka
23 dan dua batang rangka untuk sudut-sudutnya.