31 Buatlah selabuh tirai daripada kain linen halus yang ditenun dengan kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah. Sulamlah tirai itu dengan gambar kerub.
32 Gantungkan tirai itu pada empat tiang kayu akasia yang bersalut emas, yang dipasang dengan cangkuk emas dan ditegakkan di atas empat buah alas perak.
33 Pasangkan tirai itu di bawah deretan cangkuk pada bumbung Khemah. Letakkan Tabut Perjanjian yang mengandungi dua buah batu tulis itu di belakang tirai. Tirai itu memisahkan Bilik Suci dari Bilik Maha Suci.
34 Letakkan penutup pada Tabut Perjanjian.
35 Di luar Bilik Maha Suci, letakkan meja untuk persembahan di bahagian utara Khemah, dan letakkan kaki pelita di bahagian selatan Khemah.
36 Bagi pintu masuk ke dalam Khemah, buatlah tirai daripada kain linen halus yang ditenun dengan kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah, yang dihias dengan sulaman.
37 Untuk tirai ini, buatlah lima batang tiang daripada kayu akasia yang disaluti emas, dan dipasang dengan cangkuk emas. Buatlah lima buah alas daripada gangsa untuk tiang-tiang itu.”