2 Gunakan tepung yang terbaik, tetapi tidak beragi untuk membuat roti. Sebahagian roti itu dibuat dengan menggunakan minyak zaitun, sebahagian lagi tanpa minyak zaitun, dan sebahagian lagi dibuat roti nipis yang disapu dengan minyak.
3 Letakkan semua roti itu di dalam bakul dan persembahkanlah semuanya kepada-Ku ketika kamu mempersembahkan lembu jantan dan dua ekor domba jantan sebagai korban.
4 Bawalah Harun dan anak-anaknya ke pintu Khemah-Ku dan lakukan upacara pembasuhan diri bagi mereka.
5 Kemudian kenakan pakaian imam pada Harun: baju labuh, jubah yang dipakai di bawah efod, efod, dan penutup dada dengan ikat pinggangnya.
6 Pakaikan serban di atas kepalanya, dan sematkan perhiasan yang berukir ‘Ditahbiskan untuk TUHAN’ pada serban itu.
7 Kemudian ambillah minyak upacara dan tuangkan ke atas kepalanya untuk mentahbiskan dia.
8 Selepas itu, suruhlah anak-anak Harun datang dan pakaikan baju labuh pada mereka;