43 Di situ Aku akan bertemu dengan umat Israel, dan cahaya yang berkilau-kilauan daripada hadirat-Ku akan menyucikan tempat itu.
44 Aku akan menyucikan Khemah dan mazbah itu, dan Aku akan mengkhususkan Harun dan anak-anaknya untuk mengabdikan diri kepada-Ku sebagai imam.
45 Aku akan tinggal bersama dengan umat Israel, dan Aku akan menjadi Allah mereka.
46 Mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN, Allah mereka yang telah membawa mereka keluar dari Mesir, supaya Aku dapat tinggal bersama-sama mereka. Akulah TUHAN, Allah mereka.”