13 Setiap orang yang dihitung dalam pembancian itu mesti membayar jumlah wang yang ditentukan, menurut harga yang ditetapkan di Khemah-Ku. Setiap orang mesti membayar jumlah itu sebagai persembahan kepada-Ku.
14 Setiap orang yang dihitung dalam pembancian itu, iaitu setiap orang lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas mesti membayar jumlah itu.
15 Orang kaya tidak boleh membayar lebih dan orang miskin tidak boleh membayar kurang, apabila mereka membayar wang tebusan untuk diri mereka.
16 Kumpulkan wang itu daripada umat Israel dan gunakannya untuk kepentingan ibadat di dalam Khemah-Ku. Semua itu adalah wang tebusan bagi diri mereka, dan Aku akan sentiasa ingat untuk melindungi mereka.”
17 TUHAN berfirman kepada Musa,
18 “Buatlah sebuah besen daripada gangsa dengan alasnya daripada gangsa juga. Letakkan besen itu di antara Khemah dan mazbah, dan isilah besen itu dengan air.
19 Harun dan anak-anaknya mesti menggunakan air itu untuk membasuh tangan dan kaki,