17 TUHAN berfirman kepada Musa,
18 “Buatlah sebuah besen daripada gangsa dengan alasnya daripada gangsa juga. Letakkan besen itu di antara Khemah dan mazbah, dan isilah besen itu dengan air.
19 Harun dan anak-anaknya mesti menggunakan air itu untuk membasuh tangan dan kaki,
20 sebelum masuk ke dalam Khemah atau mendekati mazbah untuk mempersembahkan persembahan makanan. Dengan demikian mereka tidak akan dibunuh.
21 Mereka mesti membasuh tangan dan kaki supaya mereka tidak mati. Peraturan ini mesti ditaati mereka dan keturunan mereka selama-lamanya.”
22 TUHAN berfirman kepada Musa,
23 “Ambillah rempah-rempah yang terbaik: enam kilogram mur cecair, tiga kilogram kulit kayu manis yang harum, tiga kilogram tebu yang harum,