24 enam kilogram kayu teja (semuanya ditimbang mengikut timbangan yang digunakan di dalam Khemah-Ku), dan empat liter minyak zaitun,
25 lalu buatlah minyak upacara yang dicampur seperti minyak wangi.
26 Gunakanlah minyak upacara itu untuk melumuri Khemah-Ku, Tabut Perjanjian,
27 meja dan segala peralatannya, kaki pelita dan peralatannya, mazbah tempat membakar kemenyan,
28 mazbah tempat membakar korban serta segala peralatannya, dan besen serta alasnya.
29 Engkau harus mentahbiskan segala barang itu dengan cara demikian, maka semuanya akan menjadi benar-benar suci. Apa sahaja yang kena alat-alat itu harus diserahkan kepada TUHAN, dan siapa sahaja yang menyentuh semua itu akan mendapat celaka kerana kekuatan kesuciannya.
30 Tuanglah minyak upacara pada Harun dan anak-anaknya supaya mereka ditahbiskan menjadi imam untuk mengabdikan diri kepada-Ku.