32 Selepas itu, segenap umat Israel berkumpul di sekeliling Musa. Lalu kepada mereka, Musa menyampaikan segala hukum yang diberikan TUHAN kepadanya di Gunung Sinai.
33 Selepas Musa berucap kepada mereka, dia menutup mukanya dengan selubung.
34 Setiap kali Musa masuk ke dalam Khemah TUHAN untuk bercakap dengan TUHAN, Musa membuka selubungnya. Selepas Musa keluar, dia menyampaikan segala yang diperintahkan TUHAN kepada segenap umat Israel,
35 dan mereka nampak mukanya bercahaya. Kemudian Musa menutup mukanya semula sehingga sampai masanya dia bercakap lagi dengan TUHAN.