17 tirai bagi pagar, serta tiang pagar dan alas tiang; tirai untuk pintu pagar;
18 pasak dan tali bagi Khemah TUHAN dan pagarnya;
19 pakaian ibadat untuk imam-imam apabila mereka bertugas di Bilik Suci, dan pakaian khas untuk Imam Harun dan anak-anaknya.”
20 Kemudian semua orang Israel yang berkumpul itu bersurai,
21 dan setiap orang yang tergerak hatinya membawa persembahan kepada TUHAN untuk membuat Khemah TUHAN. Mereka membawa semua barang yang diperlukan untuk ibadat dan untuk membuat pakaian imam.
22 Setiap orang yang mahu memberikan persembahan, baik lelaki mahupun perempuan, datang membawa kerongsang, anting-anting, cincin, rantai leher, dan segala jenis barang kemas daripada emas, lalu mentahbiskan semuanya untuk TUHAN.
23 Setiap orang yang mempunyai kain linen halus; kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah; kain yang dibuat daripada bulu kambing; kulit domba jantan yang dicelup merah; atau kulit halus, mempersembahkan barang itu.