20 Kemudian semua orang Israel yang berkumpul itu bersurai,
21 dan setiap orang yang tergerak hatinya membawa persembahan kepada TUHAN untuk membuat Khemah TUHAN. Mereka membawa semua barang yang diperlukan untuk ibadat dan untuk membuat pakaian imam.
22 Setiap orang yang mahu memberikan persembahan, baik lelaki mahupun perempuan, datang membawa kerongsang, anting-anting, cincin, rantai leher, dan segala jenis barang kemas daripada emas, lalu mentahbiskan semuanya untuk TUHAN.
23 Setiap orang yang mempunyai kain linen halus; kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah; kain yang dibuat daripada bulu kambing; kulit domba jantan yang dicelup merah; atau kulit halus, mempersembahkan barang itu.
24 Semua orang yang mampu mempersembahkan perak atau gangsa membawa persembahan mereka kepada TUHAN. Demikian juga yang dilakukan oleh semua orang yang mempunyai kayu akasia yang dapat digunakan bagi pekerjaan itu.
25 Semua perempuan yang mahir memintal, membawa benang linen serta benang bulu berwarna biru, ungu, dan merah, yang telah dipintal mereka.
26 Mereka juga memintal benang daripada bulu kambing.