30 Musa berkata kepada orang Israel, “TUHAN telah memilih Bezaleel anak Uri, cucu Hur, daripada suku Yehuda.
31 Allah telah mengurniai Bezaleel kuasa-Nya, dan memberi dia kemahiran, kebolehan, dan pengertian dalam segala jenis karya seni,
32 untuk merancang rekabentuk yang memerlukan kemahiran serta membuatnya dengan menggunakan emas, perak, dan gangsa;
33 untuk mencanai batu permata yang akan ditatah; untuk mengukir kayu, dan untuk membuat segala jenis karya seni yang lain.
34 TUHAN mengurniakan kepandaian kepada Bezaleel dan Oholiab anak Ahisamakh daripada suku Dan, untuk mengajarkan kemahiran mereka kepada orang lain.
35 Dia telah mengurniai mereka kemahiran untuk melakukan segala jenis pekerjaan yang dilakukan oleh pengukir, perekabentuk, dan penenun kain linen halus, kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah, dan kain-kain lain. Mereka dapat melakukan segala jenis pekerjaan, dan mereka juga perekabentuk yang mahir.