10 disangga oleh dua puluh batang tiang gangsa dengan dua puluh buah alas, dan dipasang dengan cangkuk serta batang daripada perak.
11 Di bahagian utara, pagar dibuat seperti itu juga.
12 Di bahagian barat, tirai sepanjang 22 meter dipasang; tirai-tirai itu disangga oleh sepuluh batang tiang dan sepuluh buah alas, dengan cangkuk-cangkuk dan batang-batang daripada perak.
13 Di bahagian timur, tempat pintu masuk, lebar tirainya 22 meter.
14-15 Pada tiap-tiap sisi pintu itu, dipasang tirai berukuran 6.6 meter panjang, dengan tiga batang tiang dan tiga buah alas.
16 Semua tirai pada sepanjang pagar itu dibuat daripada kain linen halus.
17 Alas bagi tiang dibuat daripada gangsa. Cangkuk, batang, dan penutup bahagian atas tiang-tiang itu dibuat daripada perak. Kesemua tiang pagar itu dihubungkan dengan batang-batang perak.