17 Alas bagi tiang dibuat daripada gangsa. Cangkuk, batang, dan penutup bahagian atas tiang-tiang itu dibuat daripada perak. Kesemua tiang pagar itu dihubungkan dengan batang-batang perak.
18 Tirai untuk pintu pagar itu dibuat daripada kain linen halus yang ditenun dengan kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah, serta dihias dengan sulaman. Tirai itu berukuran 9 meter panjang dan 2 meter tinggi, sama dengan tirai-tirai pagar.
19 Tirai pintu itu disangga oleh empat batang tiang dengan empat buah alas gangsa. Cangkuk dan penutup bahagian atas tiang-tiang itu, serta batangnya, dibuat daripada perak.
20 Semua pasak untuk Khemah dan pagarnya dibuat daripada gangsa.
21 Inilah senarai logam yang digunakan dalam Khemah TUHAN, tempat dua buah batu tulis yang bertuliskan Sepuluh Hukum disimpan. Senarai itu dibuat atas perintah Musa dan disusun oleh orang Lewi, yang bertugas di bawah arahan Itamar, anak Imam Harun.
22 Bezaleel anak Uri, cucu Hur daripada suku Yehuda, membuat segala yang telah diperintahkan TUHAN.
23 Penolongnya, Oholiab anak Ahisamakh daripada suku Dan ialah seorang pengukir, perekabentuk, dan penenun kain linen halus dan kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah.