5 Dia membuat empat gelang untuk kayu pengusung pada keempat-empat sudutnya.
6 Dia membuat kayu pengusung daripada kayu akasia dan menyalutinya dengan gangsa.
7 Kayu pengusung itu dimasukkannya ke dalam gelang pada kedua-dua sisi mazbah. Dia membuat mazbah itu daripada papan, dan bahagian dalamnya berongga.
8 Bezaleel membuat sebuah besen dan alasnya daripada cermin-cermin gangsa yang diberikan oleh kaum wanita yang bertugas di pintu masuk Khemah TUHAN.
9 Bezaleel membuat pagar di sekeliling Khemah TUHAN. Pagar itu merupakan tirai daripada kain linen halus. Di bahagian selatan, panjang tirai itu 44 meter,
10 disangga oleh dua puluh batang tiang gangsa dengan dua puluh buah alas, dan dipasang dengan cangkuk serta batang daripada perak.
11 Di bahagian utara, pagar dibuat seperti itu juga.