1 Dengan kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah, mereka membuat pakaian indah untuk para imam. Para imam memakai pakaian itu apabila mereka bertugas di Bilik Suci. Mereka membuat pakaian imam untuk Harun seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.
2 Mereka membuat efod daripada kain linen halus, kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah, dan benang emas.
3 Mereka menempa kepingan emas dan menjadikannya jaluran-jaluran tipis untuk dijalin bersama kain linen halus dan kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah, yang dihias dengan sulaman.
4 Selepas itu mereka membuat dua tali bahu pengikat efod, yang dijahitkan pada sisinya.