28 dan juga serban, ikat kepala, celana pendek daripada kain linen,
29 ikat pinggang daripada kain linen halus, dan kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah, dihias dengan sulaman, seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.
30 Mereka membuat suatu perhiasan daripada emas tulen, suatu tanda yang suci bahawa mereka sudah ditahbiskan. Pada perhiasan itu mereka mengukir perkataan ini: “Ditahbiskan untuk TUHAN.”
31 Mereka mengikatkan perhiasan itu pada serban dengan tali biru, seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.
32 Segala pekerjaan membina Khemah TUHAN itu telah selesai. Orang Israel membuat segala-galanya seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.
33 Mereka membawa Khemah TUHAN kepada Musa dengan segala peralatannya, cangkuk, rangka, kayu lintang, tiang dengan alas tiang;
34 penutup daripada kulit domba jantan yang dicelup merah; penutup daripada kulit halus; tirai;