35 Tabut Perjanjian yang mengandungi dua buah batu tulis, dan juga kayu pengusungnya serta penutupnya;
36 meja dan segala peralatannya, roti yang dipersembahkan kepada Allah;
37 kaki pelita daripada emas tulen, pelitanya, semua peralatannya, dan minyak pelita;
38 mazbah emas; minyak upacara; kemenyan yang harum; tirai pintu Khemah TUHAN;
39 mazbah gangsa dengan kekisinya, kayu pengusungnya dan segala peralatannya; besen dan alasnya;
40 tirai pagar, tiang pagar dan alas tiang; tirai untuk pintu pagar dan tali-talinya; pasak-pasak Khemah TUHAN; segala peralatan yang digunakan dalam Khemah TUHAN;
41 dan pakaian indah untuk para imam, yang dipakai semasa mereka bertugas di Bilik Suci, dan pakaian khas untuk Imam Harun, dan anak-anaknya.