1 TUHAN berfirman kepada Musa,
2 “Pada hari pertama bulan pertama, pasanglah Khemah-Ku.
3 Letakkan Tabut Perjanjian yang mengandungi Sepuluh Hukum di dalam Khemah itu dan pasanglah tirai di depan Tabut.
4 Bawalah meja ke dalam dan letakkan peralatan di atas meja itu. Bawalah juga kaki pelita dan letakkan pelita di atasnya.
5 Letakkan mazbah emas tempat membakar kemenyan di hadapan Tabut Perjanjian, dan gantungkan tirai di pintu masuk Khemah.
6 Letakkan mazbah tempat membakar korban di depan Khemah.
7 Letakkan besen di antara Khemah dan mazbah, lalu isikan besen itu dengan air.