26 Dia meletakkan mazbah emas di dalam Khemah TUHAN, di hadapan tirai,
27 lalu membakar kemenyan yang harum, sebagaimana yang diperintahkan TUHAN.
28 Dia menggantungkan tirai di pintu masuk Khemah TUHAN,
29 dan di situ, di depan tirai itu, dia meletakkan mazbah tempat membakar korban. Di atas mazbah itu dia mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN, seperti yang diperintahkan TUHAN.
30 Dia meletakkan besen di antara Khemah dan mazbah, lalu mengisinya dengan air.
31 Musa, Harun dan anak-anaknya membasuh tangan dan kaki di situ,
32 bila-bila sahaja mereka masuk ke dalam Khemah TUHAN atau mendekati mazbah, sebagaimana yang diperintahkan TUHAN.