30 Dia meletakkan besen di antara Khemah dan mazbah, lalu mengisinya dengan air.
31 Musa, Harun dan anak-anaknya membasuh tangan dan kaki di situ,
32 bila-bila sahaja mereka masuk ke dalam Khemah TUHAN atau mendekati mazbah, sebagaimana yang diperintahkan TUHAN.
33 Musa memasang pagar di sekeliling Khemah TUHAN dan mazbah itu, serta menggantungkan tirai di pintu pagar. Demikianlah Musa menyelesaikan segala pekerjaan itu.
34 Kemudian turunlah awan meliputi Khemah TUHAN, dan Khemah itu penuh dengan cahaya hadirat TUHAN.
35 Oleh sebab itu, Musa tidak dapat masuk ke dalam Khemah TUHAN.
36 Orang Israel memindahkan perkhemahan mereka ke tempat lain hanya apabila awan itu naik dari atas Khemah TUHAN.