19 Mandur-mandur itu sedar bahawa mereka dalam kesusahan apabila diberitahu bahawa setiap hari mereka mesti tetap membuat batu bata sebanyak dahulu.
20 Apabila mandur-mandur keluar dari istana, mereka bertemu dengan Musa dan Harun, yang sedang menunggu mereka.
21 Mandur-mandur itu berkata kepada Musa dan Harun, “TUHAN melihat apa yang telah kamu lakukan. Dia akan menghukum kamu! Kamulah yang menyebabkan raja dan pegawai-pegawainya membenci kami. Kamu telah memberi mereka alasan untuk membunuh kami.”
22 Kemudian Musa menghadap TUHAN lagi dan berkata, “Ya Tuhan, mengapa Engkau menganiaya umat-Mu? Mengapa Engkau menghantar aku ke sini?
23 Sejak aku menghadap raja dan berkata-kata atas nama-Mu, raja telah menganiaya umat-Mu. Engkau pula tidak melakukan sesuatu pun untuk menolong mereka!”
24 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa. “Sekarang engkau akan melihat apa yang akan Aku lakukan kepada raja Mesir. Aku akan memaksa dia membenarkan umat-Ku pergi. Sesungguhnya, Aku akan memaksa dia mengusir mereka keluar dari negerinya.”