28 Berdoalah kepada TUHAN. Kami sudah cukup menderita kerana guruh dan hujan batu ini. Beta berjanji untuk membenarkan kamu pergi. Kamu tidak usah tinggal di sini lagi.”
29 Musa berkata kepada raja, “Sebaik saja hamba keluar dari kota, hamba akan berdoa kepada TUHAN sambil mengangkat tangan. Guruh akan berhenti dan hujan batu akan reda, supaya tuanku tahu bahawa bumi ini milik TUHAN.
30 Tetapi hamba tahu bahawa tuanku dan para pegawai tuanku belum takut akan TUHAN Allah.”
31 Tanaman rami dan barli musnah, kerana barli sudah matang dan rami sedang berbunga,
32 tetapi gandum tidak musnah kerana belum matang.
33 Kemudian Musa meninggalkan raja dan pergi ke luar kota. Di situ dia berdoa kepada TUHAN dengan mengangkat tangan, lalu guruh, hujan batu, dan hujan berhenti.
34 Apabila raja melihat apa yang telah terjadi, raja berdosa lagi. Raja dan para pegawainya tetap berdegil.