30 Tetapi hamba tahu bahawa tuanku dan para pegawai tuanku belum takut akan TUHAN Allah.”
31 Tanaman rami dan barli musnah, kerana barli sudah matang dan rami sedang berbunga,
32 tetapi gandum tidak musnah kerana belum matang.
33 Kemudian Musa meninggalkan raja dan pergi ke luar kota. Di situ dia berdoa kepada TUHAN dengan mengangkat tangan, lalu guruh, hujan batu, dan hujan berhenti.
34 Apabila raja melihat apa yang telah terjadi, raja berdosa lagi. Raja dan para pegawainya tetap berdegil.
35 Sebagaimana yang difirmankan TUHAN melalui Musa, raja tidak mahu membenarkan orang Israel pergi.