1 Inilah laporan Nehemia anak Hakhalya tentang kegiatannya.Pada bulan Kislew, tahun kedua puluh pemerintahan Artahsasta sebagai raja Persia, aku, Nehemia, berada di Susan, ibu kota empayar.
2 Pada masa itu, saudaraku Hanani, tiba dari Yehuda bersama dengan beberapa orang lain. Aku bertanya kepada mereka tentang keadaan di Yerusalem dan tentang sesama orang Yahudi yang sudah balik dari pembuangan di Babilonia.
3 Mereka menceritakan bahawa orang bekas buangan yang sudah balik ke tanah air, kini hidup sengsara dan dihina oleh bangsa-bangsa asing yang tinggal di sekitar mereka. Lagipun tembok Yerusalem masih reruntuhan, dan pintu-pintu gerbangnya belum diperbaiki sejak dibakar pada masa lampau.
4 Apabila aku mendengar semua itu, aku duduk dan menangis.Selama beberapa hari aku meratap dan tidak makan apa-apa. Aku berdoa kepada Allah,
5 “Ya TUHAN Allah penguasa di syurga! Engkau Allah yang agung, dan kami menghadap Engkau dengan penuh rasa takut. Engkau tetap setia memegang perjanjian-Mu dengan mereka yang mengasihi Engkau dan melakukan perintah-Mu.