5 “Ya TUHAN Allah penguasa di syurga! Engkau Allah yang agung, dan kami menghadap Engkau dengan penuh rasa takut. Engkau tetap setia memegang perjanjian-Mu dengan mereka yang mengasihi Engkau dan melakukan perintah-Mu.
6 Pandanglah aku, ya TUHAN, dan dengarlah doaku, sedang aku berdoa siang dan malam untuk hamba-hamba-Mu, umat Israel. Aku mengaku bahawa kami, umat Israel, sudah berdosa. Nenek moyangku dan aku sudah berdosa.
7 Kami sudah menderhaka terhadap-Mu, dan tidak melakukan perintah-Mu. Kami tidak mematuhi hukum yang Engkau berikan melalui Musa, hamba-Mu.
8 Ya TUHAN, ingatlah akan firman-Mu kepada Musa dahulu, ‘Jika kamu, umat Israel, tidak setia kepada-Ku, Aku akan mencerai-beraikan kamu ke bangsa-bangsa lain.
9 Tetapi jika kamu kembali kepada-Ku dan melakukan perintah-Ku, Aku akan membawa kamu balik ke tempat yang sudah Kupilih sebagai tempat Aku disembah, walaupun kamu sudah tercerai-cerai di seluruh muka bumi.’
10 Ya Tuhan, mereka ini hamba-Mu, umat-Mu sendiri. Engkau sudah menyelamatkan mereka dengan kuasa dan kekuatan-Mu yang besar.
11 Oleh itu, dengarkanlah doaku dan doa hamba-hamba-Mu yang lain, yang hendak menghormati Engkau. Berikanlah pertolongan-Mu supaya pada hari ini hamba-Mu berjaya mendapat belas kasihan daripada raja.”Pada masa itu, aku pengurus minuman raja.