14-27 Para pemimpin rakyat:Paros, Pahat-Moab,Elam, Zatu, Bani,Buni, Azgad, Bebai,Adonia, Bigwai, Adin,Ater, Hizkia, Azur,Hodia, Hasum, Bezai,Harif, Anatot, Nebai,Magpias, Mesulam, Hezir,Mesezabeel, Zadok, Yadua,Pelaca, Hanan, Anaya,Hosea, Hananya, Hasub,Halohes, Pilha, Sobek,Rehum, Hasabna, Maaseya,Ahia, Hanan, Anan,Malukh, Harim, dan Baana.
28 Kami, rakyat Israel, para imam, para orang Lewi, para pengawal Rumah TUHAN, para penyanyi, dan para pekerja di Rumah TUHAN, bersama-sama isteri dan anak kami yang cukup dewasa untuk memahami perkara ini, serta semua orang yang taat kepada hukum Allah dan yang sudah mengasingkan diri daripada orang bangsa asing yang tinggal di negeri kami,
29 menyertai para pemimpin kami dan bersumpah bahawa kami akan hidup menurut hukum Allah yang telah diberikan-Nya melalui hamba-Nya Musa. Kami bersumpah untuk mentaati segala perintah yang diberikan kepada kami oleh TUHAN, iaitu Tuhan kami; kami bersumpah untuk mematuhi semua hukum dan peraturan-Nya. Biarlah Allah mengutuk kami jika kami tidak menepati perjanjian ini.
30 Kami bersumpah tidak akan berkahwin dengan orang bangsa asing yang tinggal di negeri kami.
31 Jika orang bangsa asing datang menjual gandum atau apa sahaja kepada kami pada hari Sabat, atau pada hari-hari suci yang lain, kami tidak akan membeli daripada mereka.Pada tiap-tiap tahun ketujuh, kami tidak akan menanami ladang, dan kami akan menghapuskan segala hutang.
32 Tiap-tiap tahun kami masing-masing akan memberikan lima gram perak bagi biaya Rumah TUHAN.
33 Kami akan menyediakan keperluan-keperluan berikut untuk kegunaan ibadat di Rumah TUHAN: roti sajian, korban harian, iaitu korban untuk mengucap syukur dan binatang bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan juga persembahan suci pada hari Sabat, Perayaan Bulan Baru, serta perayaan-perayaan lain, persembahan-persembahan suci yang lain, korban-korban untuk mengampunkan dosa Israel, dan apa sahaja yang diperlukan bagi Rumah TUHAN.