1 Para pemimpin menetap di Yerusalem, dan rakyat diharuskan membuang undi untuk memilih satu keluarga daripada tiap-tiap sepuluh keluarga. Mereka yang dipilih harus tinggal di Yerusalem kota yang suci itu, sedangkan yang tidak dipilih boleh tinggal di kota-kota dan pekan-pekan lain.
2 Rakyat memuji orang di kalangan mereka yang rela tinggal di Yerusalem.
3 Di pekan-pekan dan kota-kota lain, rakyat Israel, para imam, orang Lewi, para pekerja Rumah TUHAN, dan keturunan hamba-hamba Salomo tinggal di kota dan di tanah masing-masing.Berikut adalah senarai nama orang kenamaan dari wilayah Yehuda yang tinggal di Yerusalem:
4 Daripada suku Yehuda:Ataya anak Uzia, iaitu cucu Zakharia. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Amarya, Sefaca, dan Mahalaleel, iaitu keturunan Peres, anak lelaki Yehuda.