14 Daripada puak ini ada 128 orang askar yang gagah perkasa. Pemimpin mereka ialah Zabdiel anak Gedolim.
15 Daripada orang Lewi:Semaya anak Hasub, cucu Azrikam. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Hasabya dan Buni.
16 Sabetai dan Yozabad, dua orang Lewi kenamaan yang mengawasi pekerjaan di luar Rumah TUHAN.
17 Matanya anak Mikha, cucu Zabdi, keturunan Asaf. Dialah pemimpin para penyanyi di Rumah TUHAN apabila menyanyikan doa kesyukuran.Bakbukya, iaitu wakil Matanya.Abda anak Samua, cucu Galal, dan keturunan Yedutun.
18 Semuanya berjumlah 284 orang Lewi yang tinggal di Yerusalem, kota suci itu.
19 Daripada pengawal Rumah TUHAN:Akub, Talmon, dan rakan-rakan mereka sebanyak 172 orang.
20 Rakyat Israel, para imam, dan orang Lewi yang selebihnya tinggal di tanah mereka sendiri di kota-kota dan pekan-pekan di Yehuda.