17 Matanya anak Mikha, cucu Zabdi, keturunan Asaf. Dialah pemimpin para penyanyi di Rumah TUHAN apabila menyanyikan doa kesyukuran.Bakbukya, iaitu wakil Matanya.Abda anak Samua, cucu Galal, dan keturunan Yedutun.
18 Semuanya berjumlah 284 orang Lewi yang tinggal di Yerusalem, kota suci itu.
19 Daripada pengawal Rumah TUHAN:Akub, Talmon, dan rakan-rakan mereka sebanyak 172 orang.
20 Rakyat Israel, para imam, dan orang Lewi yang selebihnya tinggal di tanah mereka sendiri di kota-kota dan pekan-pekan di Yehuda.
21 Para pekerja di Rumah TUHAN tinggal di kawasan kota Yerusalem yang disebut Ofel. Mereka bekerja di bawah pengawasan Ziha dan Gispa.
22 Pengawas orang Lewi yang tinggal di Yerusalem ialah Uzi anak Bani, cucu Hasabya. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Matanya dan Mikha daripada puak Asaf, iaitu puak yang bertanggungjawab mengurus muzik pada masa ibadat di Rumah TUHAN.
23 Peraturan diraja menentukan giliran puak yang mengurus muzik di Rumah TUHAN pada tiap-tiap hari.