22 Pengawas orang Lewi yang tinggal di Yerusalem ialah Uzi anak Bani, cucu Hasabya. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Matanya dan Mikha daripada puak Asaf, iaitu puak yang bertanggungjawab mengurus muzik pada masa ibadat di Rumah TUHAN.
23 Peraturan diraja menentukan giliran puak yang mengurus muzik di Rumah TUHAN pada tiap-tiap hari.
24 Petahya anak Mesezabeel daripada puak Zera dalam suku Yehuda, menjadi wakil bangsa Israel di istana raja Persia.
25 Banyak orang tinggal di pekan-pekan yang berdekatan dengan ladang mereka. Beberapa orang daripada suku Yehuda tinggal di Kiryat-Arba, Dibon, Yekabzeel, dan di pekan-pekan di sekitar kota-kota itu.
26 Mereka juga tinggal di kota Yesua, Molada, Bet-Pelet,
27 Hazar-Sual, Bersyeba, dan di pekan-pekan di sekitarnya.
28 Mereka tinggal di kota Ziklag, di Mekhona, dan di pekan-pekan di sana;