4 Daripada suku Yehuda:Ataya anak Uzia, iaitu cucu Zakharia. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Amarya, Sefaca, dan Mahalaleel, iaitu keturunan Peres, anak lelaki Yehuda.
5 Maaseya anak Barukh, cucu Kolhoze. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Hazaya, Adaya, Yoyarib, dan Zakharia, iaitu keturunan Syela, anak lelaki Yehuda.
6 Sejumlah 468 orang gagah perkasa daripada keturunan Peres, tinggal di Yerusalem.
7 Daripada suku Benyamin:Salu anak Mesulam, cucu Yoed. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Pedaya, Kolaya, Maaseya, Itiel, dan Yesaya.
8 Gabai dan Salai; mereka saudara dekat Salu.Semuanya berjumlah 928 orang daripada suku Benyamin yang tinggal di Yerusalem.
9 Mereka dipimpin oleh Yoel anak Zikhri dan oleh wakilnya, Yehuda anak Hasenua.
10 Daripada para imam:Yedaya anak Yoyarib dan Yakhin.