7 Daripada suku Benyamin:Salu anak Mesulam, cucu Yoed. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Pedaya, Kolaya, Maaseya, Itiel, dan Yesaya.
8 Gabai dan Salai; mereka saudara dekat Salu.Semuanya berjumlah 928 orang daripada suku Benyamin yang tinggal di Yerusalem.
9 Mereka dipimpin oleh Yoel anak Zikhri dan oleh wakilnya, Yehuda anak Hasenua.
10 Daripada para imam:Yedaya anak Yoyarib dan Yakhin.
11 Seraya anak Hilkia, cucu Mesulam. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Zadok, Merayot, dan Ahitub yang menjadi Imam Agung.
12 Semuanya berjumlah 822 orang imam yang bertugas di Rumah TUHAN.Adaya anak Yeroham, cucu Pelalya. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Amzi, Zakharia, Pasyhur, dan Malkia.
13 Semuanya berjumlah 242 orang yang menjadi ketua keluarga daripada puak ini.Amasai anak Asareel, cucu Ahzai. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Mesilemot dan Imer.