8 dan aku berkata, “Dengan seberapa daya, kami telah menebus orang Yahudi yang terpaksa menjual diri mereka kepada orang bangsa asing. Tetapi kini kamu pula yang memaksa mereka menjual diri kepada kamu, padahal kamu juga orang Yahudi!” Para pemimpin itu diam sahaja, dan tidak dapat menjawab apa-apa pun.