1 Sanbalat, Tobia, Gesyem, dan musuh-musuh kami yang lain mendengar bahawa kami sudah selesai memperbaiki tembok itu, dan bahawa semua lubangnya sudah ditutup, walaupun pada ketika itu kami belum memasangkan daun-daun pintu pada pintu-pintu gerbang.
2 Oleh itu Sanbalat dan Gesyem mengirim pesan kepadaku, meminta supaya aku menemui mereka di salah satu kampung di Lembah Ono, tetapi aku tahu bahawa mereka mahu mencelakakan aku.
3 Oleh itu aku mengirim jawapan ini kepada mereka, “Saya sedang menjalankan pekerjaan penting; oleh itu saya tidak dapat datang. Saya tidak mahu pekerjaan ini tergendala hanya untuk menemui tuan.”
4 Mereka mengirim pesan yang sama sebanyak empat kali, dan tiap-tiap kali pula aku memberikan jawapan yang sama.
5 Kemudian Sanbalat menyuruh salah seorang anak buahnya menyampaikan pesan pada kali kelima, tetapi kali ini dalam bentuk surat terbuka.
6 Demikianlah kandungan surat itu:“Menurut kata Gesyem, ada khabar angin di antara negeri-negeri jiran bahawa tuan dan orang Yahudi ingin memberontak, dan itulah sebabnya kamu membina semula tembok kota. Dia juga mengatakan bahawa tuan ingin menjadi raja,