16 Apabila musuh-musuh kami dari negeri-negeri jiran mendengar hal itu, mereka sedar bahawa mereka telah dipermalukan, kerana setiap orang tahu bahawa pekerjaan itu dilakukan dengan pertolongan Allah sendiri.
17 Selama itu, para pemimpin orang Yahudi masih juga berhubungan dengan Tobia melalui surat-menyurat.
18 Banyak orang yang tinggal di Yehuda memihak Tobia kerana bapa mentuanya, Sekhanya anak Arah ialah orang Yahudi. Tambahan pula, anak lelaki Tobia, Yohanan, sudah berkahwin dengan anak perempuan Mesulam anak Berekhya.
19 Walaupun Tobia terus-menerus menulis surat kepadaku untuk menakut-nakutkan aku, namun di hadapanku para pemimpin Yahudi itu menyebut-nyebut segala kebaikan Tobia. Selain itu, semua yang aku katakan dilaporkan mereka kepada Tobia.