1 Setelah tembok itu selesai diperbaiki, aku mengarahkan supaya daun-daun pintu gerbang dipasang. Kemudian aku menyuruh para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, dan orang Lewi menjalankan tugas masing-masing.
2 Aku menyerahkan pemerintahan kota Yerusalem kepada saudaraku, Hanani, dan kepada Hananya, panglima kubu pertahanan. Hananya tiada tandingannya kerana dia dapat dipercaya dan takut akan Allah.
3 Aku memberitahu mereka supaya tidak membuka pintu gerbang sebelum matahari terbit, dan supaya menutupnya dengan memasang palang sebelum para pengawal pulang pada petang hari. Aku juga menyuruh mereka melantik beberapa orang pengawal di kalangan penduduk Yerusalem, dan menugaskan sebilangan daripada mereka di tempat-tempat yang tertentu, sedangkan yang lain meronda di sekeliling rumah masing-masing.
4 Yerusalem kota yang besar, tetapi penduduknya tidak ramai, dan belum banyak rumah yang dibina di situ.