2 Oleh itu Ezra membawa kitab itu ke hadapan semua orang yang berkumpul. Mereka terdiri daripada lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang dapat memahami kandungan kitab itu.
3 Di lapangan itu, dekat pintu gerbang, Ezra membaca Taurat itu kepada mereka dari pagi hingga tengah hari, dan mereka semua mendengar dengan penuh perhatian.
4 Ezra berdiri di atas pentas kayu yang dibina khas untuk maksud itu. Matica, Sema, Anaya, Uria, Hilkia, dan Maaseya berdiri di sebelah kanannya; sedangkan Pedaya, Misael, Malkia, Hasum, Hasbadana, Zakharia, dan Mesulam berdiri di sebelah kirinya.
5 Pentas tempat Ezra berdiri lebih tinggi daripada semua orang itu, sehingga mereka dapat melihat Ezra. Sebaik sahaja Ezra membuka kitab itu, mereka semua berdiri.
6 Ezra berkata, “Pujilah TUHAN, Allah yang agung!”Semua umat itu mengangkat tangan tinggi-tinggi dan menjawab, “Amin! Amin!” Kemudian mereka bersujud menyembah Allah.
7 Setelah itu mereka berdiri di tempat masing-masing, dan orang Lewi yang berikut menjelaskan Taurat itu kepada mereka: Yesua, Bani, Serebya, Yamin, Akub, Sabetai, Hodia, Maaseya, Kelita, Azarya, Yozabad, Hanan, dan Pelaya.
8 Mereka menterjemahkan Taurat Allah itu bahagian demi bahagian dan menghuraikannya supaya rakyat mengerti.