Nehemia 9:24-30 BMDC

24 Mereka menduduki negeri Kanaan;Engkau mengalahkan penduduk negeri itu.Engkau memberi umat-Mu kuasauntuk memperlakukan penduduk dan raja-raja Kanaan dengan sesuka hati.

25 Umat-Mu merampas kota-kota yang berkubu,tanah yang subur, dan rumah-rumah yang penuh dengan harta,perigi yang telah digali, pokok zaitun, pokok buah-buahan serta ladang anggur.Mereka makan sepuas hati sehingga menjadi gemuk;mereka menikmati segala pemberian-Mu yang baik.

26 Tetapi umat-Mu memberontak dan tidak taat kepada-Mu;mereka membelakangi Taurat-Mu.Mereka membunuh nabi-nabi yang memberi mereka amaran,dan yang menyuruh mereka kembali kepada-Mu.Berulang kali mereka menghina Engkau,

27 sehingga Engkau membiarkan musuh mengalahkan dan menguasai mereka.Pada masa kesusahan, mereka berseru minta tolong kepada-Mu;dari syurga, Engkau menjawab mereka.Demi belas kasihan-Mu Engkau mengutus para pemimpin,yang menyelamatkan mereka daripada musuh.

28 Tetapi apabila negeri aman lagi, mereka berdosa semula,dan Engkau pun membiarkan musuh mengalahkan mereka.Namun ketika mereka bertaubat dan memohon Engkau menyelamatkan mereka,dari syurga Engkau mendengarkan seruan mereka;dan berulang kali Engkau menyelamatkan merekademi belas kasihan-Mu yang besar.

29 Engkau memberikan amaran agar mereka taat kepada ajaran-Mu,tetapi dengan sombong mereka menolak hukum-Mu.Padahal orang yang melakukan Taurat-Mu mendapat kehidupan,tetapi mereka degil, tidak taat dan tidak mahu mendengarkan.

30 Tahun demi tahun, dengan sabar Engkau memperingatkan mereka.Roh-Mu berkata-kata kepada mereka melalui para nabi-Mu,tetapi umat-Mu menutup telinga.Oleh itu Engkau membiarkan mereka dikalahkan oleh bangsa-bangsa.