7 Ya TUHAN Allah, Engkaulah yang memilih Abram,dan memimpinnya keluar dari Ur di negeri Babilonia;Engkau mengubah namanya menjadi Abraham.
8 Engkau mendapati dia setia kepada-Mu,lalu Engkau membuat perjanjian dengannya.Engkau berjanji untuk memberi dia negeri orang Kanaan,negeri orang Het dan orang Amori,negeri orang Feris, orang Yebusi, dan orang Girgasi,untuk menjadi tempat tinggal keturunannya.Engkau menepati janji-Mu kerana Engkau adil dan setia.
9 Engkau nampak nenek moyang kami menderita di Mesir;Engkau mendengar seruan mereka minta tolong di Laut Gelagah.
10 Engkau melakukan mukjizat yang luar biasa,untuk melawan raja, pegawai, dan rakyat raja,kerana Engkau tahu bagaimana umat-Mu ditindas oleh mereka.Oleh itu Engkau termasyhur sehingga hari ini.
11 Engkau membelah laut untuk membuat jalan bagi umat-Mu ke seberang,Engkau menghantar mereka ke seberang melalui dasar laut yang kering.Orang yang mengejar mereka lemas di laut yang dalam,mereka seperti batu yang tenggelam di laut yang seram.
12 Engkau memimpin mereka dengan tiang awan pada siang hari,Engkau menerangi jalan mereka dengan tiang api pada malam hari.
13 Dari langit Engkau turun ke Gunung Sinai;Engkau berfirman kepada umat-Mu sendiri.Engkau memberi mereka hukum, peraturan, dan perintahyang adil, benar, dan berfaedah.