Zakharia 10 BMDC

TUHAN Berjanji Akan Menyelamatkan Umat-Nya

1 Mintalah TUHAN menurunkan hujan pada musim bunga. TUHAN yang mendatangkan awan mendung dan hujan sehingga padang menjadi hijau bagi setiap orang.

2 Orang bertanya kepada berhala dan ahli nujum, tetapi jawapan yang diterima mereka hanya dusta dan repekan belaka. Ada orang yang mentafsirkan mimpi, tetapi tafsiran mereka hanya menyesatkan kamu. Penghiburan yang diberikan oleh mereka pun sia-sia sahaja. Oleh itu rakyat merayau-rayau seperti domba yang sesat. Mereka berada dalam kesusahan kerana tidak mempunyai pemimpin.

3 TUHAN berfirman, “Aku murka terhadap orang bangsa asing yang memerintah umat-Ku. Aku akan menghukum mereka. Penduduk Yehuda milik-Ku, dan Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa akan memelihara mereka. Mereka akan menjadi kuda perang-Ku yang kuat.

4 Aku akan memilih penguasa, pemimpin, dan panglima dari kalangan mereka untuk memerintah umat-Ku.

5 Penduduk Yehuda akan menang seperti askar yang memijak-mijak musuh di dalam lumpur di jalan. Mereka akan berperang kerana TUHAN menyertai mereka. Mereka akan mengalahkan musuh yang menunggang kuda.

6 Aku akan menguatkan penduduk Yehuda;Aku akan menyelamatkan penduduk Israel.Aku akan mengasihani merekadan membawa mereka semua pulang.Aku akan memperlakukan merekaseolah-olah mereka tidak pernah Aku tolak.Akulah TUHAN, Allah mereka;Aku akan mengabulkan doa mereka.

7 Penduduk Israel akan menjadi kuat seperti pahlawan,dan gembira seperti orang yang telah minum wain.Keturunan mereka akan ingat kemenangan ini,dan bersukacita kerana perbuatan TUHAN.

8 Aku akan memanggil umat-Ku,Aku akan mengumpulkan mereka.Aku akan menyelamatkan mereka,dan membuat mereka banyak seperti dahulu.

9 Walaupun Aku telah mencerai-beraikan mereka antara bangsa-bangsa,namun di tempat jauh mereka akan ingat kepada-Ku.Mereka dan anak-anak mereka akan selamatdan pulang bersama-sama.

10 Dari Mesir dan Asyur, Aku akan membawa mereka pulang,dan menempatkan mereka di negeri mereka sendiri.Aku akan menempatkan mereka di Gilead dan di Lebanon;seluruh negeri itu akan penuh dengan penduduk.

11 Apabila mereka menempuh gelora kehidupan,Aku, TUHAN akan memukul gelombang yang mengancam,sehingga Sungai Nil pun akan kering sama sekali.Orang Asyur yang sombong akan merendahkan diri,dan Mesir yang gagah perkasa akan kehilangan kuasa.

12 Aku akan menguatkan umat-Ku;mereka akan beribadat dan taat kepada-Ku.”TUHAN telah berfirman.

Bab

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14