4 Aku akan memilih penguasa, pemimpin, dan panglima dari kalangan mereka untuk memerintah umat-Ku.
5 Penduduk Yehuda akan menang seperti askar yang memijak-mijak musuh di dalam lumpur di jalan. Mereka akan berperang kerana TUHAN menyertai mereka. Mereka akan mengalahkan musuh yang menunggang kuda.
6 Aku akan menguatkan penduduk Yehuda;Aku akan menyelamatkan penduduk Israel.Aku akan mengasihani merekadan membawa mereka semua pulang.Aku akan memperlakukan merekaseolah-olah mereka tidak pernah Aku tolak.Akulah TUHAN, Allah mereka;Aku akan mengabulkan doa mereka.
7 Penduduk Israel akan menjadi kuat seperti pahlawan,dan gembira seperti orang yang telah minum wain.Keturunan mereka akan ingat kemenangan ini,dan bersukacita kerana perbuatan TUHAN.
8 Aku akan memanggil umat-Ku,Aku akan mengumpulkan mereka.Aku akan menyelamatkan mereka,dan membuat mereka banyak seperti dahulu.
9 Walaupun Aku telah mencerai-beraikan mereka antara bangsa-bangsa,namun di tempat jauh mereka akan ingat kepada-Ku.Mereka dan anak-anak mereka akan selamatdan pulang bersama-sama.
10 Dari Mesir dan Asyur, Aku akan membawa mereka pulang,dan menempatkan mereka di negeri mereka sendiri.Aku akan menempatkan mereka di Gilead dan di Lebanon;seluruh negeri itu akan penuh dengan penduduk.