1 Hai Lebanon, bukalah pintu-pintumu,supaya api dapat membakar pokok sedarmu.
2 Hai pokok sipres, menangislah dan merataplah,kerana pokok sedar sudah jatuh;pokok-pokok yang megah sudah musnah.Hai pokok-pokok oak di Basan, menangislah dan merataplah,kerana hutan tebal sudah ditebang.
3 Penguasa-penguasa meratap,kerana kemuliaan mereka sudah lenyap.Dengarlah auman singa;kerana kediaman singa di hutan di sepanjang Sungai Yordan sudah musnah.
4 TUHAN, Allahku berfirman kepadaku, “Berlakonlah sebagai gembala yang menggembalakan domba yang akan disembelih.
5 Pemilik-pemilik domba menyembelih kawanan domba itu tetapi mereka tidak dihukum; mereka menjual daging domba itu lalu berkata, ‘Terpujilah TUHAN! Kami kaya!’ Gembala-gembala itu tidak mengasihani domba peliharaan mereka.”
6 TUHAN berfirman, “Aku tidak lagi mengasihani sesiapa pun di bumi ini. Aku sendiri akan menyerahkan semua orang ke dalam tangan penguasa mereka. Penguasa-penguasa itu akan memusnahkan bumi, dan Aku tidak akan menyelamatkannya daripada kuasa mereka.”
7 Pedagang domba mengupah aku, lalu aku menjadi gembala kawanan domba yang akan disembelih. Aku mengambil dua batang tongkat: yang satu aku namakan “Kemurahan,” dan yang satu lagi “Perpaduan.” Kemudian aku mula menggembalakan domba-domba itu.