9 Kemudian aku berkata kepada kawanan domba itu, “Aku tidak mahu menggembalakan kamu lagi. Yang akan mati, biarlah mati. Yang akan binasa, biarlah binasa. Yang masih hidup akan saling membinasakan.”
10 Selepas itu aku mengambil kayu yang dinamakan “Kemurahan” lalu mematahkannya, sebagai lambang bahawa perjanjian yang dibuat oleh TUHAN dengan semua bangsa telah dibatalkan.
11 Demikianlah perjanjian itu dibatalkan pada hari itu. Para pedagang domba memandang aku, dan mereka tahu bahawa TUHAN sedang berfirman melalui perbuatanku itu.
12 Aku berkata kepada mereka, “Jika kamu rela, bayarlah upahku. Jika tidak, tidak usah.” Mereka membayar upahku sebanyak tiga puluh keping wang perak.
13 TUHAN berfirman kepadaku, “Masukkan wang itu ke dalam perbendaharaan Rumah TUHAN.” Oleh itu aku mengambil tiga puluh keping wang perak itu. Hanya sekian penghargaan mereka kepadaku. Aku pun memasukkan wang itu ke dalam perbendaharaan Rumah TUHAN.
14 Selepas itu aku mematahkan kayu kedua, yang dinamakan “Perpaduan”, maka putuslah perhubungan antara Yehuda dan Israel.
15 Kemudian TUHAN berfirman kepadaku, “Sekali lagi berlakonlah sebagai gembala domba; kali ini sebagai gembala yang tidak berguna.