3 Kemudian sesiapa yang masih hendak bernubuat, ibu bapanya sendiri akan memberitahu dia bahawa dia mesti dihukum mati, kerana mengaku menyampaikan perkhabaran TUHAN, padahal dia berdusta. Apabila dia bernubuat, ibu bapanya sendiri akan menikam dia sehingga mati.
4 Pada masa itu, tiada lagi nabi yang akan berbangga kerana penglihatan-penglihatannya, atau berlaku seperti seorang nabi, ataupun memakai jubah berbulu agar dia dapat menipu orang.
5 Sebaliknya dia akan berkata, ‘Aku bukan nabi. Aku petani - aku bercucuk tanam seumur hidupku.’
6 Jika orang bertanya kepadanya, ‘Luka apakah yang ada pada dadamu itu?’ Dia akan menjawab, ‘Luka ini aku dapat ketika di rumah kawanku.’ ”
7 TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Bangkitlah, hai pedang, dan seranglah gembala yang bekerja untuk-Ku! Bunuhlah dia supaya kawanan dombanya tercerai-cerai. Aku akan menyerang umat-Ku,
8 dan di seluruh negeri ini dua pertiga daripada penduduknya akan mati.
9 Hanya sepertiga daripada penduduknya akan selamat. Mereka akan Kusucikan seperti perak dimurnikan oleh api. Mereka akan Kuuji seperti orang menguji emas. Barulah mereka akan berdoa kepada-Ku, dan Aku akan mengabulkan doa mereka. Aku akan memberitahu mereka bahawa mereka umat-Ku, dan mereka pun akan mengaku bahawa Aku TUHAN, Allah mereka.”