5 TUHAN telah berjanji bahawa Dia sendiri akan menjadi tembok api yang mengelilingi kota itu untuk melindunginya, dan Dia akan tinggal di situ dengan segala kemuliaan-Nya.”
6-7 TUHAN berfirman kepada umat-Nya, “Aku telah mencerai-beraikan kamu ke segala arah. Tetapi sekarang, hai orang buangan, larilah dari Babilonia dan kembalilah ke Yerusalem.
8 Sesiapa yang menyerang kamu, menyerang buah hati-Ku.”Oleh itu TUHAN Yang Maha Kuasa menyuruh aku menyampaikan perkhabaran ini kepada bangsa-bangsa yang telah menjarah umat-Nya,
9 “TUHAN sendiri akan melawan kamu. Kamu akan dijarah oleh bekas hamba kamu sendiri.”Apabila hal itu berlaku, semua orang akan tahu bahawa TUHAN Yang Maha Kuasa telah mengutus aku.
10 TUHAN berfirman, “Bernyanyilah dengan gembira, hai penduduk Yerusalem! Aku akan tinggal di tengah-tengah kamu!”
11 Pada masa itu banyak bangsa akan datang kepada TUHAN untuk menjadi umat-Nya. Dia akan tinggal di tengah-tengah kamu, dan kamu akan tahu bahawa TUHAN telah mengutus aku kepada kamu.
12 Sekali lagi Yehuda akan menjadi milik khas TUHAN di tanah-Nya yang suci, dan Yerusalem akan menjadi kota yang paling disayangi-Nya.