11 Buatlah sebuah mahkota daripada emas dan perak yang dipersembahkan mereka itu, lalu pasanglah mahkota itu pada kepala Imam Agung Yosua anak Yozadak.
12 Beritahulah dia bahawa Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, ‘Orang yang disebut Tunas akan berjaya di tempat dia berada, dan dia akan membina semula Rumah TUHAN.
13 Dialah yang akan membina Rumah-Ku dan menerima kehormatan yang diberikan kepada raja, dan dia akan memerintah rakyatnya. Seorang imam akan mengiringi dia dan mereka akan bekerjasama dengan rukun.’
14 Mahkota itu akan disimpan di dalam Rumah-Ku untuk mengenang Heldai, Tobia, Yedaya, dan Yosia.”
15 Orang dari tempat jauh akan datang untuk membantu membina Rumah TUHAN. Selepas Rumah itu selesai dibina semula, kamu akan tahu bahawa TUHAN Yang Maha Kuasa telah mengutus aku kepada kamu. Semua hal itu akan berlaku jika kamu sungguh-sungguh mematuhi perintah TUHAN, Allah kamu.