3 Mereka juga disuruh bertanya kepada para imam dan nabi, “Adakah kami masih perlu meratapi kemusnahan Rumah TUHAN dengan berpuasa pada setiap bulan kelima, seperti yang telah kami lakukan selama bertahun-tahun?”
4 Inilah perkhabaran TUHAN yang datang kepadaku.
5 Dia berfirman, “Beritahulah seluruh penduduk negeri ini dan para imam bahawa puasa dan ratapan yang dilakukan mereka pada bulan kelima dan ketujuh selama tujuh puluh tahun ini, bukanlah penghormatan bagi-Ku.
6 Apabila mereka makan dan minum, perbuatan itu pun untuk keseronokan mereka sendiri.”
7 Itulah yang difirmankan TUHAN melalui nabi-nabi pada zaman lampau, ketika Yerusalem masih didiami dan penduduknya makmur. Pada masa itu orang bukan hanya tinggal di pekan-pekan di sekitar kota, tetapi juga di bahagian selatan dan di kaki bukit di sebelah barat.
8 TUHAN memberikan perkhabaran ini kepada Zakharia,
9 “Pada masa dahulu, Aku memberikan perintah ini kepada umat-Ku, ‘Kamu mesti berlaku adil, baik hati, dan berbelas kasihan kepada sesama kamu.