8 TUHAN memberikan perkhabaran ini kepada Zakharia,
9 “Pada masa dahulu, Aku memberikan perintah ini kepada umat-Ku, ‘Kamu mesti berlaku adil, baik hati, dan berbelas kasihan kepada sesama kamu.
10 Jangan tindas balu, anak yatim piatu, orang asing yang menetap di tengah-tengah kamu, atau sesiapa sahaja yang dalam keadaan susah. Jangan rancangkan perkara yang jahat terhadap sesama kamu.’
11 Tetapi umat-Ku keras kepala dan tidak mahu mendengarkan perintah-Ku; mereka menutup telinga supaya tidak mendengar.
12 Mereka mengeraskan hati sehingga tidak menurut ajaran yang telah Kuberikan kepada mereka dengan perantaraan nabi-nabi dahulu. Oleh itu Aku sangat murka.
13 Aku tidak menjawab doa mereka kerana mereka tidak mahu mendengar ketika Aku berfirman.
14 Seperti angin ribut, Aku menyelerakkan mereka sehingga mereka terpaksa tinggal di negeri asing. Tanah yang subur ini telah menjadi tandus, sunyi sepi, dan tidak berpenghuni.”