1 Tawarikh 1 BM

Salasilah daripada Adam hingga Abraham

1 Adam bapa Set, Set bapa Enos, Enos bapa Kenan,

2 Kenan bapa Mahalaleel, Mahalaleel bapa Yared.

3 Yared bapa Henokh, Henokh bapa Metusalah; Metusalah bapa Lamekh,

4 Lamekh bapa Nuh. Nuh mempunyai tiga orang anak lelaki: Sem, Ham, dan Yafet.

5 Anak lelaki Yafet ialah Gomer, Magog, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh, dan Tiras. Mereka ialah nenek moyang bangsa-bangsa yang disebut dengan nama mereka.

6 Keturunan Gomer ialah orang Askenas, Rifat, dan Togarma.

7 Keturunan Yawan ialah orang Elisa, Sepanyol, Siprus, dan Rodes.

8 Anak lelaki Ham ialah Kus, Mesir, Libia, dan Kanaan. Mereka ialah nenek moyang bangsa-bangsa yang disebut dengan nama mereka.

9 Keturunan Kus ialah orang Seba, Hawila, Sabta, Raema, dan Sabtekha. Keturunan Raema ialah orang Syeba dan Dedan. (

10 Kus mempunyai seorang anak lelaki bernama Nimrod, yang menjadi penakluk agung yang pertama di dunia.)

11 Keturunan Mesir ialah orang Lidia, Anamim, Lehabim, Naftuhim,

12 Patrusim, Kasluhim, dan Kreta. Mereka ialah nenek moyang orang Filistin.

13 Anak lelaki Kanaan ialah Sidon, yang sulung, dan Het. Mereka ialah nenek moyang bangsa-bangsa yang disebut dengan nama mereka.

14 Kanaan juga nenek moyang orang Yebusi, Amori, Girgasi,

15 Hewi, Arki, Sini,

16 Arwadi, Semari, dan Hamati.

17 Anak lelaki Sem ialah Elam, Asyur, Arpakhsad, Lud, Aram, Us, Hul, Geter, dan Mesekh. Mereka ialah nenek moyang bangsa-bangsa yang disebut dengan nama mereka.

18 Arpakhsad ialah bapa Selah, dan Selah bapa Eber.

19 Eber mempunyai dua orang anak lelaki; anak yang pertama bernama Peleg kerana pada zamannya bangsa-bangsa di dunia terbahagi-bahagi, dan anak yang kedua bernama Yoktan.

20 Keturunan Yoktan ialah orang Almodad, Selef, Hazar-Mawet, Yerah,

21 Hadoram, Uzal, Dikla,

22 Ebal, Abimael, Syeba,

23 Ofir, Hawila, dan Yobab.

24 Salasilah daripada Sem hingga Abraham adalah seperti berikut: Sem, Arpakhsad, Selah,

25 Eber, Peleg, Rehu,

26 Serug, Nahor, Terah,

27 dan Abram (dikenal juga sebagai Abraham).

Keturunan Ismael

28 Abraham mempunyai dua orang anak lelaki, Ishak dan Ismael.

29 Anak-anak lelaki Ismael menjadi ketua dua belas suku: Nebayot yang sulung, lalu Kedar, Adbeel, Mibsam,

30 Misma, Duma, Masa, Hadad, Tema,

31 Yetur, Nafis, dan Kedma.

Keturunan Abraham dan Ketura

32 Abraham mempunyai seorang gundik bernama Ketura. Gundiknya itu melahirkan enam orang anak lelaki: Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Isybak, dan Suah. Yoksan mempunyai dua orang anak lelaki, Syeba dan Dedan.

33 Midian mempunyai lima orang anak lelaki: Efa, Efer, Hanokh, Abida, dan Eldaa.

Keturunan Esau

34 Ishak anak Abraham mempunyai dua orang anak lelaki, iaitu Esau dan Yakub (yang juga dikenal sebagai Israel).

35 Anak lelaki Esau ialah Elifas, Rehuel, Yeus, Yaelam, dan Korah.

36 Elifas ialah nenek moyang suku-suku berikut: Teman, Omar, Zefi, Gaetam, Kenas, Timna, dan Amalek.

37 Rehuel ialah nenek moyang suku-suku berikut: Nahat, Zerah, Syama, dan Miza.

Penduduk Asli Tanah Edom

38-42 Penduduk asli tanah Edom ialah keturunan anak-anak lelaki Seir: Lotan, Syobal, Zibeon, Ana, Disyon, Ezer, dan Disyan.Lotan ialah nenek moyang puak Hori dan Homam. Lotan mempunyai seorang saudara perempuan bernama Timna.Syobal ialah nenek moyang puak Alyan, Manahat, Ebal, Syefi, dan Onam.Zibeon mempunyai dua orang anak lelaki, Aya dan Ana. Ana ialah bapa Disyon, dan Disyon ialah nenek moyang puak Hamran, Esyban, Yitran, dan Keran.Ezer ialah nenek moyang puak Bilhan, Zaawan, dan Yaakan.Disyan ialah nenek moyang puak Us dan Aran.

Raja-Raja Edom

43-50 Sebelum ada raja yang memerintah di Israel, tanah Edom diperintah berturut-turut oleh raja-raja berikut:Raja Bela anak Beor dari DinhabaRaja Yohab anak Zerah dari BozraRaja Husyam dari daerah TemanRaja Hadad anak Bedad dari Awit(dialah yang mengalahkanorang Midiandalam peperangan di tanah Moab)Raja Samla dari MasyrekaRaja Saul dari Rehobot di pinggirsungaiRaja Baal-Hanan anak AkhborRaja Hadad dari Pahi (isterinyabernama Mehetabeel,anak Matred dan cucu Mezahab).

51 Orang Edom terdiri daripada suku Timna, Alya, Yetet,

52 Oholibama, Ela, Pinon,

53 Kenas, Teman, Mibzar,

54 Magdiel, dan Iram.

Bab

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29