1 Tawarikh 25 BM

Pemuzik di Rumah TUHAN

1 Untuk memimpin upacara-upacara ibadat, Raja Daud dan para pemimpin orang Lewi memilih puak-puak daripada suku Lewi yang berikut: Asaf, Heman, dan Yedutun. Mereka ditugaskan untuk menyampaikan perkhabaran daripada Allah dengan diiringi kecapi, gambus, dan simbal. Untuk memimpin ibadat dengan upacaranya, dipilih kumpulan-kumpulan yang berikut:

2 Empat orang anak lelaki Asaf: Zakur, Yusuf, Netanya, dan Asarela. Pemimpin mereka ialah Asaf, yang menyampaikan perkhabaran daripada Allah, apabila disuruh oleh raja.

3 Enam orang anak lelaki Yedutun: Gedalya, Zeri, Yesaya, Simei, Hasabya, dan Matica. Di bawah pimpinan bapa mereka, mereka menyampaikan perkhabaran daripada Allah dengan diiringi kecapi. Mereka menyanyikan lagu pujian dan lagu kesyukuran kepada TUHAN.

4 Empat belas orang anak lelaki Heman: Bukia, Matanya, Uziel, Sebuel, Yerimot, Hananya, Hanani, Eliata, Gidalti, Romamti-Ezer, Yosbekasa, Maloti, Hotir, dan Mahaziot.

5 Heman ialah nabi peribadi raja. TUHAN mengurniakan empat belas orang anak lelaki itu dan tiga orang anak perempuan kepada Heman kerana TUHAN telah berjanji untuk memberikan kedudukan terhormat kepadanya.

6 Semua anak lelaki Heman itu memainkan simbal, kecapi, dan gambus di bawah pimpinan bapa mereka untuk mengiringi upacara ibadat di dalam Rumah TUHAN. Asaf, Yedutun, dan Heman mendapat tugas menurut petunjuk daripada raja.

7 Kesemua 24 orang lelaki itu dan sanak saudara mereka ialah ahli muzik yang terlatih. Mereka semua berjumlah 288 orang.

8 Untuk menentukan giliran bertugas, mereka semua membuang undi, baik yang muda mahupun yang tua, baik yang berpengalaman mahupun yang baru belajar.

Bab

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29